LUMUT: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM ke-90.
Ketibaan baginda pada 12.13 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Turut hadir Laksamana Pertama (Kehormat) TLDM Datuk Muhammad Abdullah dan barisan kepimpinan tertinggi TLDM.
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas yang diadakan di Masjid An-Nur TLDM itu juga sempena memperingati mangsa tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec TLDM terhempas pada Selasa lepas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM.
Bacaan yasin dan tahlil yang diketuai Pengarah Agama Markas Tentera Laut Leftenan Kolonel Ahmad Kamil Abdullah, disertai kira-kira 3,000 warga TLDM.
Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.
Sementara itu, Abdul Rahman dalam khutbah khasnya berkata tragedi pada 23 April lepas telah memberi kesan sangat mendalam dan merupakan satu kehilangan besar buat TLDM khasnya dan negara amnya.
"Sedarlah bahawa kamu (mangsa terkorban) telah menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi dan tanah air tercinta ini. Pengorbanan yang telah kamu berikan pastinya tidak dapat kami balas dengan air mata."
"Hanya doa yang mampu kami titipkan agar rohmu sentiasa dirahmati Allah SWT," katanya diiringi bacaan surah al-Fatihah.
Dalam khutbah sama, Abdul Rahman berkata tema sambutan tahun ini "TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara" begitu signifikan dengan meletakkan pasukan itu sebagai ketumbukan yang menggalas tanggungjawab penting mengawal setiap inci perairan negara bagi menghindari sebarang bentuk pencerobohan atau konflik musuh.
"Angka 90 tahun merupakan usia yang matang dan penuh pengalaman, 90 tahun juga bukan sahaja mempamer kesungguhan dan komitmen perjuangan warga TLDM dalam melindungi perairan serta menjaga kehormatan kedaulatan negara, bahkan turut memikul amanah serta menjaga kesucian agama secara konsisten," katanya.
Menurutnya aspek kompetensi pegawai dan anggota TLDM turut menjadi keutamaan dan perlu diberi penekanan, selain kesiagaan yang tinggi tanpa bergantung kepada aspek material semata-mata.
"Tidak kurang pentingnya aspek ketersediaan modal insan yang kompeten dan profesional," katanya.
Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadual esok, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat susulan tragedi helikopter terhempas tersebut.
Mohamed Khaled sebelum ini berkata pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Sultan Sharafuddin berkenan berangkat pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari TLDM Ke-90 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut hari ini. - Gambar/ Bernama
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.